Fun with Slime


Aktiviti bermain slime ini memang menyeronokkan dan sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa.

Slime mempunyai tekstur yang kenyal. Slime sebenarnya adalah bahan berbentuk cecair yang likat dan pekat. Ia memiliki tekstur yang padat dan kenyal, namun ia tidak akan mengeras.



Slime merupakan mainan bagi kanak-kanak dan slime ini   diperbuat daripada gam,sabun dan pelbagai bahan lain.



Perkembangan:
1.Perkembangan Fizikal (motor halus). 
Dengan bermain slime kanak-kanak dapat mengembangkan  sensory play dengan cara ini kanak-kanak dapat menguatkan otot-otot halus di jarinya.
2.Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran. 
Bermain slime membolehkan kanak-kanak itu menggunakan kaedah sains.
3.Perkembangan Bahasa,Komunikasi dan Literasi Awal.
Kanak-kanak dapat mengaplikasikan slime dengan beberapa soalan contohnya : kenapa slime ini boleh ditarik dan dipicit?
4.Perkembangan Awal Matematikdam Pemikiran Logik.
Seterusnya, dengan bermain slime juga kanak-kanak  boleh membentuk slime itu dengan berbagai rupa dan bentuk dan secara tidak langsung kanak-kanak itu dapat belajar mengenal awal matematik dan slime juga membuatkan kanak-kanak berfikir dengan kreatif. 
5.Perkembangan Sahsiah,Sosioemosi dan Kerohanian.
Bermain slime juga  boleh membuatkan kanak-kanak itu percaya pada diri iaitu dengan memberi kebebasan untuk kanak-kanak itu melakukan apa sahaja mengikut kehendak hatinya.




Cara buat slime menggunakan gam:

Bahan-bahan:
1 unit gam UHU
10 sudu besar sabun cuci pinggan (cecair)
2 sudu air garam yang dibancuh

Cara-caranya:

1. Masukkan gam dan pencuci (kacau sebati).
2. Masukkan air garam sambil mengacau.


Kami juga ada menyediakan slime yang dibuat sendiri dengan harga  RM5.50 dan anda boleh  menghubungi pihak kami untuk order  017-5454039



Sekian Terima Kasih,








Comments